Thursday, 28 August 2014

SEJARAH COKLAT

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat dihasilkan dari Theobroma koko  atau dikenali sebagai Theobroma cacao yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas , bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.

Wednesday, 27 August 2014

Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?



Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.

The below information was taken from Chef Amer article about chocolate and I do find it very informative to all. Enjoy..

1)  Coklat Couverture     

Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu massa koko dan lemak koko. Ianya dikenali sebagai coklat yang bermutu tinggi. Pengendaliannya agak rumit. Rasa coklat ini lebih halus. Maklumlah, coklat Gred A.






2) Coklat Compound
Coklat yang lebih murah, bahan utama yang digunakan serbuk koko manakala lemak koko mengantikan lemak koko asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko dan lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat compound.
Saya menggunakan coklat jenis compund ni. Kalau ada permintaan utk coklat conventure baru saya buat, tapi harga nya sudah berlainan. Coklat compund kurang sensitif terhadap suhu berbanding dgn coklat conventure. Sebab tu harga conventure lebih mahal sikit.




3) Coklat Berperisa 
Terdapat coklat berperisa dan berwarna. Ianya adalah coklat putih yang diperisakan dan diwarnakan seperti perisa strawberry, oren dan sebagainya.
4) Coklat tanpa gula
Untuk menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula, bahan utama iaitu gula biasa digantikkan dengan gula tiruan seperti maltitol dan isomalt.

Tuesday, 26 August 2014

Antara fakta menarik tentang coklat ialah

1 . Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi 


Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi ejen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi ejen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi. 


2 . Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat 


Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu. 


3 . Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat 


Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalam kuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat susu seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi ia juga mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia termasuklah lemak, protein, kabohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin. 


4 . Coklat Tidak Menyebabkan Peningkatan Paras Kolesterol 


Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak nuetral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL. Malah lemak kok dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak koko mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. 


5 . Coklat Tidak Bertindak Mengawal Emosi dan Tingkah Laku 


Coklat dikatakan mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak menyebabkan tindak balas emosi. 


Okay . Nak baca lebih banyak tentang coklat ?

Monday, 25 August 2014

coklat collection

Adakah anda benar-benar ingin tahu bagaimana membuat coklat hand-made yang sebenar seperti di bawah ini?




Sunday, 24 August 2014

video cara membuat coklat



Cara membuat coklat...Tengok video ini!!! 

    Lepas itu pasti semua membuat coklat...