Tuesday, 26 August 2014

Antara fakta menarik tentang coklat ialah

1 . Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi 


Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi ejen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi ejen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi. 


2 . Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat 


Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu. 


3 . Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat 


Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalam kuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat susu seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi ia juga mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia termasuklah lemak, protein, kabohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin. 


4 . Coklat Tidak Menyebabkan Peningkatan Paras Kolesterol 


Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak nuetral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL. Malah lemak kok dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak koko mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. 


5 . Coklat Tidak Bertindak Mengawal Emosi dan Tingkah Laku 


Coklat dikatakan mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak menyebabkan tindak balas emosi. 


Okay . Nak baca lebih banyak tentang coklat ?

No comments:

Post a Comment